BIODATA TRAINER ED TRAINING UTAMA

ED training banyak membuat kolaborasi dengan kebanyakan syarikat syarikat konsultant yang lain . Antaranya ED training pernah berurusan dengan Konsultant Besar seperti Zulan Utara , Oraz Enterprise dan lain lain . Kebanyakan tenaga pengajar ED terdiri dari golongan proffesional , Ustaz atau guru yang terpilih dan bekas pesara Tentera yang masih berkhidmat dalam dunia training .

TRAINER 1 : MOHD FITHRI ( ROY )


LATARBELAKANG :-

Mohd Fithri bin Abdul Malik merupakan pengasas ED training . Dia dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang . Berkelulusan Diploma dalam bidang Teknologi Multimedia . Dia telah mengikuti PLKN selama 4 tahun bermula pada tahun 2004 -2008 . Banyak kursus yang telah dihadiri semasa di dalam PLKN mahupun di luar plkn . Berkemahiran dalam pelbagai bidang samada di dalam kelas mahupun di luar kelas . Pernah mengikuti kursus berikut sepanjang 2004 - 2011

1. Kursus Training of trainer : Kenegaraan , Pembinaan Karakter , Komuniti
2. Kursus Aerobik Asas oleh NFC
3. Kursus BTN Asas dan Sahabat
4. Kursus Silang Budaya
5. Kursus TOT fasilitator untuk GPMS 

KEMAHIRAN :-

1. Trainer
2. Fasilitator
3. Kaunselor
4. Merancang dan mereka program yang efektif

MOTIVASI DIRI  :-

Saya tidak dilahirkan terus sebagai juara . Saya berusaha keras untuk menjadi hebat dalam hidup saya . Melalui pengalaman lampau saya SEDAR saya mempunyai sesuatu yang saya ingin kongsi dengan ramai di luar sana . Mulai dari itu saya menetapkan matlamat untuk merealisasikan impian saya . Hasil daripada itu , Hari ini saya berjaya membuka syarikat ED training . Saya bersyukur kerana saya telah banyak membantu orang sewaktu saya di PLKN sehinggalah saya sekarang . Inilah Visi saya

“ Ke arah peningkatan kemahiran , kecerdikan , kesedaran bangsa , kesiagaan untuk survival dan penanaman semangat cinta pada agama dan negara Malaysia . ”

Sertailah saya untuk mengalami pengalaman yang baru . Semoga anda berjaya menghayati pengertian morphing dalam diri anda . :- MOHD FITHRI


TRAINER  2 : NUR SYAHADAH JUAN 



LATAR BELAKANG :-

Syahadah Juan  merupakan salah seorang Trainer ED training . Dia dilahirkan dan dibesarkan di Kuching , Sarawak . Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kajian Khidmat Sosial  . Dia telah mengikuti PLKN sejak tahun 2006 . Banyak kursus yang telah dihadiri semasa di dalam PLKN mahupun di luar plkn . Berkemahiran dalam pelbagai bidang samada di dalam kelas mahupun di luar kelas . Pernah mengikuti kursus berikut dalam tempoh 5 tahun ini .  

1.  Kursus Training of trainer : Kenegaraan , Pembinaan Karakter ,
     Komuniti
2. Bengkel Pemantapan Fasilitator & Penyelia PAKK jabatan 
     Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak.
3.  Kursus Silang Budaya

PENGALAMAN :-

Syahadah terlibat dalam dunia training ini sejak 2006 di PLKN . Syahadah juga terlibat dalam banyak program Jabatan Kebajikan Masyarakat Kapit  dan merangka  program khusus bagi pembangunan masyarakat Penan dan Ukit terutamanya kanak-kanak bawah 18 tahun. Dia juga telah bekerjasama dengan kementerian menjadikan pusat aktiviti kanak-kanak (PAKK) sebagai salah satu tempat perlindungan kanak-kanak bagi tujuan mencegah penderaan serta pusat sumber maklumat masyarakat dan golongan sasaran . 

MOTIVASI DIRI :-


Memikul tanggungjawab sebagai fasilitator seumpama sebagai jambatan memudahkan org lain menyeberangi jalan. Selaku pemudah cara....saya selalu mengambil iktibar dari kejadian seekor rama-rama..dari hanya seekor ulat kepada kepompong dan transformed kepada rama-rama yang cantik...proses transformasinya sering saja memikat hati untuk diutamakan kepada menerima peralihan yg baru menerima dugaan dan perubahan. Ini ter masuklah berhadapan dengan karakter yang baru hampir setiap hari..atau karakter yang sama hampir setiap masa. Keupayaan hanya akan teruji apabila diri mampu menanggani perubahan diri sendiri menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran atau karakter.

Saya gemar dengan kerjaya ini. Ia menjadikan saya lebih tough hari demi hari dengan izin Allah. Bukan hanya kerana dapat membentuk karakter seseorang @ membantu adaptasi perubahan itu, malah ia juga membantu diri mempelajari kebaikkan hampir setiap hari. i love Butterfly  :- SYAHADAH



............................... edtraining07..............................