TEORI ED : MORPHING CONCEPT





MENGAPA ED MEMILIH RAMA-RAMA SEBAGAI IKON PERUBAHAN ?


PROLOG CERITA RAMA-RAMA 
...........................................................
Rama-rama ialah serangga yang merdeka . Sifatnya yang bebas bergerak dan Kepaknya yang cantik menyebabkan rama-rama menjadikan kesukaan ramai . Walaupun begitu , Rama-rama sememangnya serangga yang lemah dan mudah mati apabila berhadapan dengan ancaman alam  semulajadi . Secara ASASnya Rama-rama mengalami 3 proses kehidupan sebelum menjadi serangga yang bebas . Bermula dari telur , ia menetas menjadi seekor ulat beluncas . Selepas sesekian lama , ia akan melalui satu proses perubahan dan perubahan tersebut dinamakan sebagai MORPHING . Tidak semua rama-rama berjaya dalam menjadi rama-rama semasa dalam morphing . Dan Jika ia tidak melalui proses ini , maka ia tidak boleh menjadi rama-rama kerana ia perlukan keazaman dan komitmen untuk keluar dari kepompong tersebut .


ULASAN ED DALAM KONTEKS TRAINING
................................................................................

Manusia dan serangga adalah 2 konteks yang berbeza . JADI , saya tidak meletakkan persamaan 100 % antara manusia dan serangga . Apa yang saya ingin FOKUS di sini ialah perumpamaan proses dengan cabaran kehidupan manusia . 

Manusia dilahirkan ke dunia melalui kelahiran . Memandangkan manusia mempunyai umur yang panjang , mereka dijaga dan diasuh sejak kecil untuk besar . Semasa kecil , manusia belajar dari pelbagai cara iaitu dengan melihat , mendengar dan bergerak . Setelah manusia mampu bercakap , bergerak dan mendengar dengan baik . manusia mulai menghasilkan nilai dalam kehidupan contohnya lapar , gembira , sedih dan letih . Proses ini kan berpanjangan sehingga dia mencapai usia remaja . 

Semasa dalam usia remaja , boleh dikatakan ramai yang SEDAR dan mempunyai impian dalam hidup manusia . Disitulah proses MORPHING bermula . Manusia akan berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana mereka tidak dilahirkan dengan pakej kecerdikan sekali gus .   manusia perlu belajar dan belajar dan seterusnya belajar untuk mengenali diri . Tiada jalan yang singkat dalam menjadi seorang yang hebat . Manusia perlu melalui proses kehidupan 

Kehidupan rama-rama yang singkat adalah simbolik kepada susah senang dalam hidup kita . Adakalanya kita berada di atas dan ada kalanya kita berada di bawah . Apabila kita berada di bawah . kita memerlukan komitmen dan usaha yang tinggi untuk bergerak ke atas . 
KADANG-KADANG KITA PERLU MELALUI BANYAK KALI PROSES MORPHING untuk berada di puncak . 

Kesimpulan ED training ialah seseorang manusia akan menjadi hebat apabila manusia mempunyai jati diri yang teguh . Pembinaan jati diri ini disokong dalam 3 faktor iaitu 

1. KESEDARAN DIRI 

2. PENERIMAAN DIRI

3.  PENILAIAN DIRI 


Kesedaran diri bermula dari sejauh mana dia berfikir tentang dirinya . Sejauhmana manusia tahu kebolehan dirinya , Sejauhmana manusia percaya kekuatannya ada , Sejauhmana manusia tahu bagaimana untuk mengeksploitasikan bakat dan potensi dalam hidup . Apabila manusia sedar kesemua perkara di atas maka itulah yang dipanggil sebagai KEMATANGAN .