Salam Pengenalan ED training






ED mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan galakan daripada anda semua . Dengan tertubuhnya laman web ED training blogspot ini , maka bertambah yakinlah kami untuk meneruskan matlamat .

Salam pengenalan , Saya Mohd Fithri bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya merealisasikan impian saya iaitu mengembangkan ED training ke seluruh Malaysia . Walaupun pada mulanya kami bermula dari susah , namun itulah hakikat rezeki yang tuhan ingin berikan dalam hidup ini .

Daripada Nya rezeki datang dan kepadaNYa juga rezeki itu akan pergi . Akan saya ingat sampai bila-bila . Sesungguhnya matlamat saya ialah untuk membantu seramai mungkin sepanjang saya dalam bidang training ini .

Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana diberi kekuatan iaitu saya mempunyai seorang rakan seperjuangan yang berlainan agama akan tetapi dengan sokongan dan tunjuk ajar dia saya kini lebih berkeyakinan dalam bidang latihan ini . Perkenalkan kepada anda , Inilah Encik G , seorang trainer yang berkebolehan dan bersemangat patriotik dalam merealisasikan mood SATU MALAYSIA sepanjang dia berkhidmat di kem Syruz , Bukit Mertajam . Encik G adalah Ketua Unit Indoor ED training . Dia adalah perancang perjalanan program dan mereka program untuk klien .

Selain daripada Encik G , Saya juga mempunyai seorang lagi rakan kongsi yang banyak memberi peluang untuk saya berkembang . Dia yang dimaksudkan ialah Encik S . Perjumpaan di kem Syruz dalam tempoh 2 kumpulan telah membawa visi untuk menjadi rakan kongsi ED training dalam beberapa program kelolaannya iaitu program PPMI , Program kemahiran Giat MARa dan yang terbaru ialah program pendidikan Ijazah dengan kerjasama Universiti tempatan . Perkenalkan , Ini adalah Encik S , Ketua bahagian Pemasaran ED training .

Dengan adanya mereka ini , saya yakin , ED training akan mencapai kemuncak pada tahun 2012 dan Insyaallah jika ada rezeki , ingin saya melakukan training Morphing ke seluruh Malaysia . Dengan berteraskan sistem ED yang diilhamkan dari training kepimpinan , saya akan pastikan kami mencapai matlamat yang kami sasarkan .

Saya teringat kata-kata motivasi Dato dr FAdzilah kamsah , " Jika anda mempunyai kekuatan untuk melakukan sesuatu , lakukan sekarang , Kerana Jika anda mati hari ini , maka berkuburlah ilmu tersebut dengan diri anda selamanya . "


.........................................................................................................
TRANSFORMASI MENJADI HEBAT
m o r p h i n g t o g r e a t